Gastroenteritis (Flu Perut)
Gastroenteritis di kenali sebagai flu perut biasanya menyerang usus kecil. Gangguan yang ditimbulkannya bervariasi , dari sakit perut ringan di sertai diare , sampai diare dan muntah terus menerus selama beberapa hari. Secara ummunya , flu perut tidak berbahaya dan tidak menyebabkan masalah serius , biasa dilakukan pencegahan dengan baik dari kemungkinan dehidrasi (kekurangan cecair). Gangguan perut biasanya sembuh sendiri dalam seminggu atau beberapa hari tanpa di ubati. Bila gejala berlarutan lebih dari seminggu , bererti terdapat penyebab yang lebih serius.
Virus dan bakteria
Virus - Rotavirus merupakan virus penyebab terbanyak iaitu 8-10 kes flu perut pada bayi dan kanak kanak kecil.
Bakteria - yang sering mencemari makanan dan menyebabkan keracunan. Contohnya Campylobacter (pencemar makanan dan produk ayam) , Salmonella (pencemar daging , telur dan pelbagai produk ayam) dan Eschericia coli (pencemar makanan).
Gejala flu perut
- Diare.
- Perut kejang serta sakit perut. Namun biasanya sakit perut ini hilang setelah beberapa kali si kecil membuang air besar.
- Demam serta mengeluh sakit kepala.
- Muntah muntah. Bila tidak berhenti setelah dua hari , segera berjumpa doktor.
- Terdapat darah dalam najis.
Cara mengubati
- Anak tidak selalu diberikan ubat untuk menghentikan diarenya. Ubat diare tersedia di pasaran tidak aman bagi si kecil kerana dapat menyebabkan komplikasi.
- Berilah ubat demam parasetamol untuk menurunkan demam serta meringankan sakitnya.
- Jika anak anda mengalami cirit birit yang teruk , mengambil sample najis apabila anda membawanya ke doktor. Doktor selalunya memerlukan sample najis untuk dianalisis di makmal , jadi ia boleh diketahui jenis punca kuman. Apabila puncanya dari bakteria , maka doktor memberi antibiotik untuk membunuh bakteria.
Selain itu anda juga boleh mengubatinya dengan cara lain.Antaranya :
- Biasakan cuci tangan dengan sabun antiseptik , biasanya sebelum memegang makanan dan selepas menggunakan tandas dan bilik mandi.
- Bersihkan tandas dan bilik mandi secara teratur
- Mengekalkan kebersihan terutama di tempat penyimpan makanan.
No comments:
Post a Comment