Rambut Nipis Berubah Tebal!




Masalah rambut gugur dan akhirnya semakin menipis menjadi satu igauan ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan. Tambahan lagi apabila kulit kepala mula nampak 'lebih jelas' atau rambut berterusan gugur sehingga menjadi botak. Semestinya kamu harus menemui dermatologi untuk menemani jalan penyelesaian. Namun jika rambu yang tidak terlalu parah , ada beberapa produk dan teknik gayaan yang boleh membuatkan rambut lebih tebal.


Mencuci
Cuci rambut kamu dengan produk syampu volumizing yang mengandungi protein. Kemudian , gunakan perapi ringan yang pada labelnya dikhas untuk rambut nipis. Aplikasikan perapi dari batas telinga sehingga ke hujung rambut. Setelah dibasuh hingga bersih , keringkan rambut dengan cara menekannya guna tuala dan bukan menggesek-geseknya.

Blow Dry
Aturkan suhu pengering rambut ke ukuran sederhana. Terbalikkan rambut kamu dengan cara membongkokkan badan , lalu lakukan blow dry mengunakan sikat bergigi. Ketika rambut kamu kering , tegakkan kembali badan lalu selesaikannya dengan mengeringkan rambut berukuran sederhana.

Menata Rambut
Saat rambut masih lembap dan belum benar benar kering , gunakan leave-in yang bersifat memberikan volume. Kebiasaannya produk ini mengandungi bahan panthenol. Semburkan juga cairan pelindung panas (heat protecting spray) tetapi hindari daripada terkena akar rambut saat melakukannya. Setelah itu , sikat rambut yang lembap dengan sikat bergigi jarang.

Menambah Volum
Ambil sedikit rambut kamu , tegakkan dari kulit kepala dengan jemari , lalu arahkan pengering rambut ke akar rambut. Ini boleh membantu membuatkan kutikularambut membentuk volum atau ketebalan. Lakukan hal ini ke seluruh bahagian rambut dan kemudian secara perlahan perlahan rapikan rambut menggunakan sikat.

Syampu Protein
Syampu dengan kandungan protein yang bersifat memberikan volum ialah pilihan terbaik untuk membuatkan rambut nampak lebih tebal. Selain itu , perapi juga boleh bertindak meninggalkan kelembapan yang boleh menebalkan setiap helaian rambut. Bagi mengurangi rambut patah , gunakan syampu dan perapi yang mengandungi pro vitamin b5 yang bersifat menguatkan batang rambut. Trik potongan rambut potongan rambut yang betul boleh membuatkan rambut kamu kelihatan tebal. Mintalah penata rambut memberikan layer yang lebih sedikit kerana layer yang banyak akan membuatkan rambut tampak lebih nipis. Cuba juga potongan ponny yang lebih tebal seperti gaya rambut Kate Hudson dalam filem "Bride Wars".


Info dari : Remaja

2 comments:

Unknown said...

rambut mun skrang makin banyak gugur..huhu

Misha Ieza said...

same lah kita.. makin gugur juga..huhu