manusia sombong 1
Kenapa manusia sombong? Kerana dirinya tidak sama taraf dengan anda? sebab tu anda tidak bertegur siapa ea..Ayat di atas ni merupakan tajuk utama untuk hari ni.. Dan aku nak berkongsi tentang "manusia sombong"..
Sombong atau angkuh atau ego bermakna membanggakan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan , keistimewaan dan kehebatan.. Ia merupakan sifat batin (mazmunah) yang paling keji.. Malah sifat batin yang sangat jahat..
Tanda tanda sombong
1) Susah terima teguran atau pendapat orang lain. - Hatinya keras kerana merasakan pandangan orang lain jauh lebih baik daripadanya tidak kira umur , bangsa dan pangkat..
2) Cepat marah dan emosi - bila berlaku pergaduhan di antara satu sama lain , mula lah cepat marah atas kesilapan orang lain.. Bukan nak berbincang atau perbetulkan keadaan..
3) Meninggikan suara - dalam perbincangan atau perbahasan , sekurang kurangnya jangan sesekali meninggikan suara kerana akan menggangu orang sekeliling kamu.
4) Memilih kawan - kawan ramai , tapi dia memilih kawan yang cantik dan hansem sahaja sebagai kawannya kerana dia tidak suka bergaul atau bermesra , takut jatuh status atau darjat dirinya.. Kecian kawan yang tidak cantik dan tidak hansem kerana tidak terpilih sebagai sebagai kawan.
5) Pandang hina - jangan memandang hina pada orang yang jauh lebih rendah dari kita tidak kira orang tu susah mahu pun senang.
6) Kalau dia jadi pemimpin - apa yang dia buat atau cakap semuanya betul , mahukan sokongan walaupun ada salah silapnya dan suka membuat arahan sesuka hati tanpa bertimbang rasa.
7) Suka di hormati - tersinggung kalau di hormati.. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
8) Mudah berdendam - susah memaafkan kesalahan orang lain walaupun kisah silam. Jangan berdendam , nanti diri merana.
9) Tidak mengaku kesalahan sendiri - kalau dia yang bersalah , susah dan berat hendak meminta maaf atas kesalahan sendiri. kerana dia tahu itu memang kesalahannya.
10) Suka bersikap zalim secara kasar atau secara halus - suka menzalimi orang , sama ada dengan cara berdepan dengan orang atau menggunakan tektik halus seperti bomoh atau sihir.
11) Kurang mesra - kurang mesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang lain itu atau kerana takutkan orang itu.
12) Suka memburukan orang - mengumpat , memfitnah , serta membenci orang
13) Tidak menghargai - kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
14) Bangga diri - kadang kadang manusia suka bangga diri kerana kepentingannya sendiri. Seolah olah kebolehan dan keistimewaan yang dimiliki tidak berkongsi bersama. Malah merosakkan kebolehan yang dia ada.
15) Boros dan membazir - kalau ada makanan , berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok di pakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih , suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
16) Kalau berdiri , lebih suka bercekak pinggang. kalau bercakap , menepuk nepuk meja dan suka meninggikan suara. kalau berjalan suka bergaya , menghentak hentak kaki atau berjalan mendada.
17) Kurang timbang rasa - kurang memberi simpati , rasa kecian atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
18) Susah hati kerana kejayaan orang lain - tidak senang apabila dapat tahu bahawa orang lain berjaya darinya
19) Sangat tersinggung kalau ada orang memuji muji atau menyebut kelebihan kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau di puji , terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
akan datang sambung "manusia sombong 2"
No comments:
Post a Comment