manusia sombong 2


Tajuk hari ni sambungan dari tajuk "Manusia Sombong 1"


kesan kesan sombong

1) Orang benci kepadanya
- Orang sekeliling akan membencinya kerana dia mempunyai sifat sombong. Manusia sombong akan marah apabila tidak suka dan mulalah berlaku pergaduhan antara sesama manusia.

2) Mudah dendam
- Mudah bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang kadang belum tentu silapnya , dia sudah bertindak tanpa periksa. Mudah sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha sedaya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia.


Cara mengatasi sombong

1) Ada ilmu sifat sifat mazmumah.
- Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batin yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula di kesan orang lain.

2) Berfikir tentang kejadian manusia.
- Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Hebat macam mana sekalipun seseorang itu , kejadiannya sama dengan orang lain. Walaupun berdajat , berpangkat , berkuasa , berharta , berilmu sama ada yang alim atau tidak alim , yang kaya atau miskin , yang cantik atau buruk , namun mereka semuanya sama.

3) Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
- Manusia tidak ada beza di antara satu sama lain , sama ada orang kaya , orang berilmu , orang pembesar atau lain lain lagi. Semuanya berasal dari air mani yang hina.

4) Melihat respon orang lain terhadap kita.
- Dalam pergaulan hidup , dapat di kesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong , semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka , jiran jiran meluat , kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Lebih lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. lagi tinggi pangkat dan darjat kita , lagi banyak urusan kerja yang perlu diuruskan , di bantu oleh tenaga tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pertolongan , bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh dilupakan. Kalau tidak ada mereka kita tidak jadi hebat dan kaya , orang sudah benci , diwaktu waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kecemasan atau waktu kematian , masyarakat akan di pulaukan , atau lambat lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.

5) Ambil iktibar dari pengalaman hidup
- Apabila ada kelebihan , keistimewaan dan kehebatan , fikirkan kejadian kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Tidak ada keistimewaan apa apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang kadang Allah beri kita kelebihan ilmu , kekayaan , pangkat dan lain lain , tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit sehingga kelebihan dan keistimewaan keistimewaan itu semuanya tidak ada apa apa lagi. Akhirnya nikmat yang di kumpul kumpulkan sekian lama , tidak dapat di nikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain.

6) Ingat azab Allah untuk orang yang sombong
- Ingatkanlah dihati bahawa sombong itu sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaianNya. Akibatnya kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya. Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api , di bawahnya api , di kiri api , di kanan api , di depan api , di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging daging dan tulang belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan di seksa lagi. Begitulah berulang ulang berlaku sepanjang masa. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat di gambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia , akan matilah semua lantaran busuknya.

*klik link: ctrl+klik kiri pada mouse*

No comments: