cara membersihkan wajah dengan betul


Ramai wanita/lelaki ingin kan wajah bersih dan cantik kan. Pernah tak korang membersihkan wajah korang dengan betul? Bagi aku , penjagaan kulit muka adalah aset penting/peribadi seseorang bila kita keluar atau berada di khalayak orang ramai. Kalau muka korang masam , korang rasa tiada keyakinan untuk menghadapi semua masalah. tak gitu? Ok , tajuk aku hari ni "cara membersihkan wajah dengan betul".


Langkah membersihkan wajah dengan betul.

Langkah 1 : Cuci tangan.

Selalu cuci tangan sebelum membersihkan muka , memakai make up atau memegang wajah korang. Tanpa disedari , sebenarnya banyak bakteria yang ada di tangan korang , dan jika tidak dibersihkan bakteria dan kotoran yang ada pada tangan boleh berpindah ke kulit muka korang. Sebelum mencuci muka , seeloknya korang mencuci tangan dengan mengunakan air panas dan sabun antibakteria.


Langkah 2 : Ikat rambut.

Pastikan korang ikat rambut sebelum membersihkan wajah. Kerana korang akan rasa selesa bila rambut korang telah di ikat.


Langkah 3 : Bersihkan make up pada muka.

Jika korang pakai makeup , Pastikan korang bersihkan dahulu dengan makeup remover pada muka korang sebelum mencuci muka , agar produk boleh bekerja dengan lebih efektif. Pilih makeup remover yang berformula lembut , yang sesuai dengan kulit muka korang. Bersihkan bahagian mata terlebih dahulu.


Langkah 4 : Basahkan muka.

Percikkan sedikit air suam ke wajah korang agar pori pori lebih terbuka. Dengan cara itu produk pencuci boleh membersih lebih mendalam.


Langkah 5 : Mengunakan pembersih muka.

Picit sedikit pembersih muka pada telapak tangan atau sponge. Gosokkan di telapak tangan hingga berbuih , dan usapkan secara lembut dengan jari jari tangan atau sponge ke seluruh muka korang , mulai dari dahi , hidung , pipi , dagu hingga ke leher. Usap lembut wajah dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Perlu di ingatkan , jangan terus membilas setelah memakainya , biarkan formula pembersih muka meresap ke dalam kulit muka untuk beberapa minit (biasanya 1 atau 2 minit).


Langkah 6 : Membilas

Basuh muka dengan mengunakan air beberapa kali hingga sisa sisa sabun tak terasa lagi di muka korang. Gunakan air suam agar pori pori tertutup dan melancarkan sirkulasi darah. Kemudian , keringkan dengan tuala bersih.


Langkah 7 : Gunakan toner

Bagi korang yang memiliki wajah berminyak , sangat disarankan mengunakan face toner setelah mencuci muka korang. Toner berfungsi membersihkan sisa makeup , kotoran dan minyak yang mungkin masih tertinggal walaupun telah dicuci dengan pembersih muka. Toner juga berfungsi mengecilkan pori , menghilangkan minyak dan menjernihkan kulit. Usapkan toner secukupnya ke muka dengan kapas.


Langkah 8 : Lembapkan kulit

Sapukan moisturizer atau face cream berbahan dasar air setiap kali selesai membersihkan muka , agar muka korang selalu terjaga kelembapannya. Pastikan juga korang mengunakan pelembap yang sesuai dengan kulit muka korang.

2 comments:

Unknown said...

thanks for the info..
hehehe

Misha Ieza said...

welcome cik mun :)